Monday, August 15, 2011

Bonus dah masuk semalam

Alhamdulillah..

Akhirnya..

Yang dinantikan oleh jutaan rakyat Malaysia..

dan berita gembira untuk tauke sogo,midvalley,dan peniaga di masjid jamek dan juga jalan tar

Bonus dah masuk dah (pagi lagi aku dah cek kat maybank2u)ho..ho...yabedabedu.....!!!tiba-tiba terdengar satu suara yang agak seram..

asyik ya mas bonusnya udah masyuk gitu..tapi jangan luper ya...mas nuar belum bayarin lagi zakat fitrahnya untuk tahun ini dong ah..(alih suara cam suzanna citer sundel bolong)..

oh tidak..aku terluper lagi nak setel zakat fitrah..hmm seronok nya nak bayar fitrah tahun ni sebab dah ada 4 kepala yang perlu aku setelkan..hmm bape hinggit ekk zakat fitrah kat area wp ni..ne survey ni..

Di bulan ramadhan yang mulia ini aku nak ingatkan kat korang yang dan pada
diri aku sendiri (especially yang melayu sebab melayu kan mudah lupa!!) selain tunaikan zakat fitrah beringatlah untuk simpan sikit duit tu sebabnya...ehh..ehh..nk tanye lak..sebab pe lagi..kita ni bukan staff petronas dapat bonus 6 bulan gaji..setengah bulan je beb!!itu pun dah bersyukur sangat (daripada xde kan) so aku nak beri sedikit tips kewangan supaya korang tak menderita di kemudian hari..tips ni boleh di ikuti oleh sesiapa saja tak perlu pengawasan dari pakar dan orang dewasa juga penjaga)

i) simpan sedikit 5 % bonus anda di dalam asb ke,tabung haji pun xper..pokoknyer kalu boleh jangan sentuh duit tu lepas di asingkan,buat luper je..xyah la ingat nak beli external baru ker,sport rim baru ker..tuan-tuan dan puan-puan..percaya la usaha anda yang sedikit ni akan menampakkan hasilnya di kemudian hari..tak miskin ler kalau simpan rm50 dalam simpanan korang.

ii) Waraskan fikiran.kosongkan minda.bayangkan anda kelaparan yang kita rasa sekarang kerana berpuasa. Teringin nak makan yang sedap2 kan masa berbuka nanti? dah plan nak makan kat secret recipe,nak makan kat carls jr,kfc bla..bla..tapi akhirnya lepas makan sepinggan nasi putih bersama seketul ayam goreng berempah dan air ribena ais perut anda yang kosong tu dah pun kenyang..saudara dan saudari semua,itulah fadilatnya puasa..kita perlu mengawal nafsu..dalam dunia ni kita tak perlu beli semua benda..lagi banyak benda kita nak beli lagi sampai bila2 pun kita tak kaya.kalau sofa ,langsir ,baju semua nak berganti baru.memang le jadi haru.dapat bonus RM5k pun tak cukup yop!!

So itu je la tips kewangan yang aku nak kongsi dengan korang..nanti aku akan sambung lak situasinya selepas raya..hidup kena ada perancangan beb..kena ingat yang jarum jam tu sentiasa berputar,kita tak pasti nasib kita kemudian hari,kena sediakan khemah sebelum ribut.

Jumpa lagi!!

No comments:

Post a Comment