Wednesday, December 12, 2012
Kasih tidak ternilai, Nikmat tak terucap
Di suatu hari minggu nan santai..usai bersarapan bersama keluarga di kedai mamak darusalam..aku bergegas memasuki kereta. Dengan gangguan anak-anak yang mula menunjukkan perangai masing-masing kerana dah mula mengantuk dek kerana terjaga awal. Aku jadi rimas...mahu saja aku bertempik kerana rimas gelagat mereka menjerit mengganggu tumpuanku untuk memandu..Kalimah Bismillah yang biasa aku lafaz sewaktu menghidupkan enjin lesap entah kemana..Dek hati yang mula baran..
Aku mula mendengus di dalam hati sewaktu mengundurkan kereta apabila melihat cermin sisi ada lori barang di belakang yang menghalang laluan..Aku keluar dari kereta dan meminta pekerja barang itu segera mengalihkan kenderaannya kerana menyusahkan kenderaan lain mengundurkan kenderaan..Bodoh betul!! getusku di dalam hati..
Cukup saja ruang untuk maju aku terus memasukkan gear 1 dan kereta pun menderu ke depan. Tak sampai 10 meter keretaku bergerak sebuah lori lain yang membawa muatan roti yang parking di hadapan pasaraya dengan tak semena-mena membuka pintu (yang aku rasa diperbuat daripada besi padu) muatan barangnya hingga hampir terkena cermin hadapan keretaku di kotak pemandu..Aku nampak kelindan lori tersebut segera menarik kembali pintu lori tersebut yang barangkali tanpa sengaja terbuka dengan pantas hingga hampir menghentam cermin kereta di kotak pemandu..Aku menekan brek cemas..keadaan berlaku begitu pantas..mujur tiada apa yang berlaku..aku menjegilkan mata kepada kelindan lori tersebut tanda protes bahawa kesilapannya tadi boleh menyebabkan kemalangan. Tanpa mengangkat tangan aku dengan angkuh menekan minyak kenderaan berlalu pergi..
Aku beristigfar panjang mengenang apa yang terjadi..seperti Allah ingin menunjukkan sesuatu kepadaku..aku menarik nafas dalam-dalam..muhasabah diri seketika..Kemudian aku menyedari khilafku..
Pagi tadi aku kesiangan..meninggalkan subuh berlalu begitu sahaja..aku yakin mungkin itulah yang membuat Allah murka lantas mendugaku dengan perkara yang remeh untuk menyedarkan ku..
Aku redha dan menganggap semua perkara yang berlaku sebentar tadi adalah sekelumit ujian daripada Allah yang Maha Menyayangi hambanya yang angkuh lagi lalai ini..
Apalah sangat kenderaan yang menghalang laluan jika dibandingkan Allah takdirkan dompetku hilang lalu kami sekeluarga terpaksa berlapar tak bersarapan pagi..
Apalah sangat terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut jika dibandingkan Allah takdirkan keretaku remuk dihempas pintu belakang lori..mungkin aku tercedera terkena tempias kaca..dan terpaksa pula menanggung rugi membaik pulih kereta
Malunya aku padamu Ya Allah..kau berikan aku rezeki sarapan di pagi hari,kau berikan kenyangkan perutku,kau selamatkan aku dari berlaku kemalangan tetapi hambamu yang hina ini langsung terlupa yang dirimu adalah Yang maha Berkuasa..Maha mengetahui dibalik derita yang diberi..Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Rahman..Ampunkan aku Ya Rahimmm..
Lalu nikmat apa lagi yang nak aku harapkan selain dari bersyukur kerana masih berada di dalam redhamu..
Subscribe to:
Posts (Atom)