Blog Aku


Alhamdulillah...dengan keredhaan dan izinnya..Aku berjaya menghasilkan blog untuk aku nukilkan apa yang bersarang di dalam otak,kepala,dan hati aku ini..Semoga dengan adanya blog ini aku boleh tuliskan apa yang aku minat selama ini iaitu menulis...Banyak yang aku nak tulis..matlamat utama aku nak luahkan pendapat dan perasaan aku..kalau blog ini boleh mendatangkan kebaikan kepada orang lain itu satu bonus buat aku..sebagai seorang hamba Allah mungkin blog ini boleh menjadi saluran untuk aku berdakwah untuk kebaikan. Ye la kalau nak tunggu sampai ada degree dan jadi ustaz baru nak berdakwah memang sampai ke kubor lerr jawabnyer..Aku amat menggalakkan kalau ada pelawat yang ingin meninggalkan komen dan pendapat mengenai blog aku ni supaya kita sama-sama boleh mendapatkan ilmu dan bertukar pandangan tapi aku nak ingatkan sekali lagi BLOG AKU NI ADALAH BLOG PERIBADI (so suke hati aku ler aku nak tulis apa pun!!!) Ahaks..(ketawa manja) gurau jer...

Aku bukan seorang yang mahir di dalam dunia cyber,tapi asas tu ada la..aku akui memang lambat nak bermula untuk berblogging ni..sebabnya toksah la nak citer..macam-macam yang aku fikir sebelum ambil keputusan untuk berblogging ni sebab aku tak suka buat sesuatu perkara tu sikit-sikit,kalau dah mula menulis untuk blog biar la aku terus menulis sampai bila-bila..Untuk entry yang seterusnya aku akan terangkan serba sedikit tentang diri aku. InsyaAllah..