Thursday, March 21, 2013

It's friday my dear...

Bismillahhirrahmanirrahim..... Satu perkara yang membuatkan aku stress adalah bila memikirkan tentang planning. Bagi orang yang berpikiran macam "aku" gagal merancang = merancang kegagalan.. so bagi benda yang simple macam merancang perjalanan pun kita tak boleh manage so macam mana dengan perkara lain yang lebih complicated. Alkisahnya wedding adik ipar berlangsung 2 hari je lagi..so macam macam la dugaannya.. kereta rosak,takleh nak decide bleh sambung cuti ke tak, xtau pukul berapa nak bertolak yang pada aku smua tu adalah...soooooooooooo simple to think and decide..those kalau orang yang bekerja ngan aku pun tau aku cemane..everything must be on the spot! no more waiting no more wasting time..tapi disebabkan ni adik dia punya wedding so aku bersabar je la..lebih kepada psikologi untuk tampil cool n chill..moral tulih benda yang meleret-leret and hilang punca macam ni adalah.......masa nak final ni la berderet orang nak kawiinnnnnnnnnnnnn..biler nk studynyerrrrrrrrr....haissshhhhhhh..sabor je la.. p/s: semalam leh layan citer Rock oo kt tenet..mmg kelas citer tu..aku akan review pada next post

Wednesday, December 12, 2012

Kasih tidak ternilai, Nikmat tak terucap

Di suatu hari minggu nan santai..usai bersarapan bersama keluarga di kedai mamak darusalam..aku bergegas memasuki kereta. Dengan gangguan anak-anak yang mula menunjukkan perangai masing-masing kerana dah mula mengantuk dek kerana terjaga awal. Aku jadi rimas...mahu saja aku bertempik kerana rimas gelagat mereka menjerit mengganggu tumpuanku untuk memandu..Kalimah Bismillah yang biasa aku lafaz sewaktu menghidupkan enjin lesap entah kemana..Dek hati yang mula baran.. Aku mula mendengus di dalam hati sewaktu mengundurkan kereta apabila melihat cermin sisi ada lori barang di belakang yang menghalang laluan..Aku keluar dari kereta dan meminta pekerja barang itu segera mengalihkan kenderaannya kerana menyusahkan kenderaan lain mengundurkan kenderaan..Bodoh betul!! getusku di dalam hati.. Cukup saja ruang untuk maju aku terus memasukkan gear 1 dan kereta pun menderu ke depan. Tak sampai 10 meter keretaku bergerak sebuah lori lain yang membawa muatan roti yang parking di hadapan pasaraya dengan tak semena-mena membuka pintu (yang aku rasa diperbuat daripada besi padu) muatan barangnya hingga hampir terkena cermin hadapan keretaku di kotak pemandu..Aku nampak kelindan lori tersebut segera menarik kembali pintu lori tersebut yang barangkali tanpa sengaja terbuka dengan pantas hingga hampir menghentam cermin kereta di kotak pemandu..Aku menekan brek cemas..keadaan berlaku begitu pantas..mujur tiada apa yang berlaku..aku menjegilkan mata kepada kelindan lori tersebut tanda protes bahawa kesilapannya tadi boleh menyebabkan kemalangan. Tanpa mengangkat tangan aku dengan angkuh menekan minyak kenderaan berlalu pergi.. Aku beristigfar panjang mengenang apa yang terjadi..seperti Allah ingin menunjukkan sesuatu kepadaku..aku menarik nafas dalam-dalam..muhasabah diri seketika..Kemudian aku menyedari khilafku.. Pagi tadi aku kesiangan..meninggalkan subuh berlalu begitu sahaja..aku yakin mungkin itulah yang membuat Allah murka lantas mendugaku dengan perkara yang remeh untuk menyedarkan ku.. Aku redha dan menganggap semua perkara yang berlaku sebentar tadi adalah sekelumit ujian daripada Allah yang Maha Menyayangi hambanya yang angkuh lagi lalai ini.. Apalah sangat kenderaan yang menghalang laluan jika dibandingkan Allah takdirkan dompetku hilang lalu kami sekeluarga terpaksa berlapar tak bersarapan pagi.. Apalah sangat terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut jika dibandingkan Allah takdirkan keretaku remuk dihempas pintu belakang lori..mungkin aku tercedera terkena tempias kaca..dan terpaksa pula menanggung rugi membaik pulih kereta Malunya aku padamu Ya Allah..kau berikan aku rezeki sarapan di pagi hari,kau berikan kenyangkan perutku,kau selamatkan aku dari berlaku kemalangan tetapi hambamu yang hina ini langsung terlupa yang dirimu adalah Yang maha Berkuasa..Maha mengetahui dibalik derita yang diberi..Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Rahman..Ampunkan aku Ya Rahimmm.. Lalu nikmat apa lagi yang nak aku harapkan selain dari bersyukur kerana masih berada di dalam redhamu..

Tuesday, July 10, 2012

Samsung Galaxy S advance

Bukan nak beritau dah pakai cap samsung tapi nak test app blogger yang baru donlod kt google play td..menarik la klu bleh send post kt hp ni..

Mana nak mula dulu..

Pagi ni aku dapat rasakan yang mood nak bekerja tiba-tiba hilang.. setelah panggil CSI ngan Unit Forensik HKL hasil siasatan mendapati ..tempat kerja aku yang bersepah dan sangat tidak memotivasikan orang untuk bekerja adalah punca timbulnya sikap malas yang amat sangat tu.. Betul ianya berpunca dari diri sendiri so jangan nak salahkan orang lain..so misi kita hari ini adalah membersihkan meja dan menyusun smua surat bagi memberi sumbangan perkhidmatan awam yang lebih bermakna kepada rakyat. Sekian..wasalam..Entry ni tiada kena mengena dengan amalan 5S..TQ

Monday, May 21, 2012

Its my promise..actually

Pagi tadi dah terserempak dengan Nora Azwin kat lif.. Penolong Pegawai Tadbir (PPT) kanan yang memantau aset di jabatan ni..berpeluh lak aku..tapi dia senyum jer Aku tibe-tibe rasa berderau..teringat janji aku kat dia nak hantar senarai aset kew pa 2,3,4,5, bagai.. Sepatutnya semua senarai tu aku kena hantar before 15 April... Today dah 22 Mei...Arrrgghhh tensionnyer.. The problem is..bukan aku yang menangguh kerja tapi sebab dah bercuti lama akhir april ari tu coz akhil ngan marissa dijangkita sakit,tangan kaki dan mulut.. Bukan apa..selain dari rasa segan sebab masih tak dapat hantar..banyak benda yang aku kena repair psl list tu..bukan sikit item yang kena rekod..dan aku plak jenis yang tak reti nak minta tolong kat orang. Anyway..its my promise..kena tunaikan juga lambat cemane pun..better dari takder langsung..at least PPT ni 100 time better dari PPT yang lepas.. Aku kena cepat dan cekap..ho..ho..
target aku skrg nak hantar kew pa 3 & 5 dulu sebab banyak item yang kena wujudkan. Wish me luck..

Tuesday, May 15, 2012

Pesanan untuk ``Orang Gomen"

Salam Rabu.. Hari ini satu ofis sibuk mencari seorang pegawai.. Sibuk macam cari seekor lembu yang hilang.. Kenapa En.Nuar samakan orang dengan lembu.. Kenapa tak boleh plak? Lembu kalau hilang dia ade gi tau kat tuan dia tak dia nak pergi mana? Lembu bleh send sms? Leh jawab kol? Tapi kalau orang yang berpangkat pun xboleh nak buat mcm tu apa beza dia ngan lembu.. mmmooooooo (cam iklan susu lembu fernleaf new zealand dairybord ) sekian dari saya En.Nuar melaporkan untuk Tibi Empat.

Saturday, February 4, 2012

Menjelang maulidur rasul...rinduku padamu Ya Rasulullah..

Berdebar rasaNya menunggu fajar subuh menyinsing..esok untuk pertama kalinya aku akan menyertai perarakan maulidur rasul peringkat kebangsaan. Aku ikhlaskan hati untuk memuliakan dan mengingatimu YA Rasullulah..moga Ada secebis syafaat untukku di negeri yang abadi..